Ahad, 27 November 2011

pengurusan EBM (copy paste)

hmm..nak kene refresh smula bab2 ni..kunun nak jadi pakar laktasi nanti sonang..eceh..

pinjam link dr bwh ni..huu..smbil2 wt sesi ingat mengingati..jumpa kat kak blogger ni..
sy copy sebijik2 je la eh kak..


huhu
kalimah penting nya:

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan istilah-istilah penting utk perahan susu ibu
  • EBM - expressed breastmilk
  • fresh EBM - susu yg baru diperah
  • chilled EBM - susu yg telah diperah, disejukkan bhgn sejuk (bukan bhgn beku). chilled EBM akan membentuk 2 lapisan tp itu xmenunjukkan basi ye
  • frozen EBM - susu yg disimpan dalam tempat beku
Dah tahu istilah2 glemer ni, kita pergi plak pd apakah bekas2 penyimpanan yg sesuai untuk nk simpan susu perahan ni.
  • bekas plastik @ botol susu bebas BPA (free BPA)
  • bekas kaca @ bekas plastik berbucu keras (sprt tuppeware)
  • breast milk storage liner yg mmg khusus untuk simpan susu ibu - blh jimt ruang dlm fridge


  • bekas dadih - boleh guna 3 kali shja sblm dibuang -aku guna sekali je
Setiap bekas yg disebutkan di atas perlu dibasuh, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum guna kcuali storage liner tu (yg ni blh trus guna). Kt mana nk bli bekas2 ni? boleh terjah kt blog DUNIA SUSU IBU. kt citu banyak list online shop yg jual segala peralatan penyusuan.
Bila susu telah disimpan dalam bekas, pastikan label dgn perkara2 berikut:
  • tarikh perah
  • waktu perah
  • kuantiti perahan ( xperlu kalu guna liner n btol yg mmg dh ade sukatan)
  • nama anak (kalu ramai budak kt taska, takut tertukar tp sy xbuat sbb hntr ank kt bs, bs dh tau cooler bag husna)
Untuk nk mengelakkan pembaziran (sadis woo kalu susu ibu terpaksa dibuang), pastikan susu disimpan dlm kuantiti yg mencukupi dlm satu bekas. jadi kna tahu la estimated ank minum baper oz dlm sekali penyusuan.
Perkara lain yg perlu tahu juga adalah tempat penyimpanan dan suhu..mungkin ini part yg paling penting..kita tgk satu2 yer
  1. Suhu Bilik
    Kalo bilik xberair-cond disarankan simpan tidak lebih dr 4jam
    Kalo bilik berair-cond (15-25oc) tempoh simpan 6-8 jam
    *syrt yg perlu dipatuhi: suhu mesti stabil, jgn offkan air cond spnjng susu berada dlm blk tu

  2. Fridge/ freezer
    Peti sejuk 1 pintu (bhgn beku) - 2minggu
    Peti sejuk 2 pintu
    - bhgn beku - 3 bulan
    - pintu bawah - 3-5 hari (sblm dibekukan) , 24 jam (setelah dibekukan)
    Deep freezer - 6 bulan
    Kalau simpan dlm suhu kurang -1oc, boleh tahan hingga 1thn

  3. Cooler bag - 12-24jam (bergantung kepada jenis cooler ice)

PERINGATAN: Susu yg dicairkan TIDAK BOLEH dibekukan semula dan susu yg dipanaskan TIDAK BOLEH disimpan sejuk semula
Ok faham yer puan2 setakat ni? kalau ada pertanyaan feel free to ask..kalo sy xtahu jwpn sy akan merujuk kpda pakar bg pihak puan2 sbb sy pun bukan pakar laktasi..hehehhe..*mcm ajar kt dlm kelas pulak*

kalau dh faham kita pergi ke topik seterusnya iaitu TIP DAN CARA PENYIMPANAN (penting ni bg ibu bekerjaya mcm sy)
Di office:Simpan susu yg diperah di bghn bawah peti sejuk kt opis tu bukan di bhgn beku yer. Sebabnya kita nk mememlihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (ini bukan bermaksud bila susu dibekukan antibodi yg ada hilang)

Kalao kt ofis xder peti ais, simpan dlm cooler bag yg ade ice pack..ice pack yg dh beku tu bawak siap2 dr umah

Di rumah:
Simpan sebanyak yang boleh di bahgian bawah peti sejuk dan sedikit shja di bhgn beku. 
Susu yg disimpan di bhgn bawah adalah stok untuk esok hari manakal yg beku adalah stok utk dibekukan (jika susu puan2 mmg banyak..
Katakan anak puan2 minum 4 botol (3oz) sehari, jika stok yg dipam di office dpt 4 botol (30z),
3 botol simpan peti bawah utk stok esok, 1 botol masuk bhgn beku. 

Sebagai ganti keluarkan stok beku yg bertarikh paling lama ke peti bawah untuk dicairkan sbgai kegunaan utk hari esok.



Tiada ulasan: