Jumaat, 26 Ogos 2011

raya or no raya

Salam..
dengar wind2 say macam raya buleh jadi rabu..amacam kengkawan?

bukan sebab tu la pon nk bebel sini..tapi sebab tah ..
tetibe macam hilang mood beraya..
malam tadi dah beraya ngan mak abah dah pon..huhu

apa lagi mahu..iskh iskh..
hujung2 ramadhan ni lagi mencabar..
sikap kesyukuran; mensyukuri nikmat tu perlu dikuatkan ye puan2..

muka seram sejuk dah ni..hadoi ..
ingat sihat sebelum sakit
ingat mati sebelum hidup..eh tebalik dowh
ingat hidup sebelum mati
ingat senang sebelum sempit
ingat apa lagi satu ,aku pon dah tak berapa nak ingat..
ingat ingat lupa ada..
ingat lapang sebelum sempit kut ?
ingat senang sebelum susah?

hmm..kata apa lagi..hari ni jumahat..26 ramadhan 1432..
ya allah,berilah kami jumpa lagi ramadhan tahun depan untuk memperbaiki apa yang kurang tahun ni..
dan penghujung ramadhan ni jadikan kami antara orang2 yang sedar ..huhu..
andai ini ramadhan terakhir,rahmatilah kami.

*ayat ciplak diolah suai jumpa dari blog MakcikRehan

bakpo la kawe dok rajing lasung rini..hukaloh weh..
doa tambah susu :al baqarah,60


cepat cepat cepat .......hapal!



Rabu, 24 Ogos 2011

kisah rasullullah

amik dari  sini 
kopi sejibik2.. untuk sharing..

*******************************************************************************
Artikel kali ini diambil dari website Hasrizal Abdul Jamil, SaifulIslam.com.
Cerita ini berkisar tentang pemergian seorang Rasul yang dicintai. Semua ini diambil dari hadith Sahih(Insya-Allah) dan ditukar kepada bentuk cerita. Hayatilah.

---------------------

“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk.

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH


Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.

Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ‘sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.

Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR


Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.

Anakanda itu menangis.

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.

Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”

Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”

Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!
Aku ketawa”

Sesungguhnya…

Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR


Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.

Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:

Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.

Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”

Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]



ramadhan ke24

assalammualaikum ..
salam sejahtera..
versi rajin mengKarang ala2 bullet format..
alasan:tiada aktiviti luar kawasan maupon luar batasan
no rujukan check in:810am
no rujukan check out: belum terpasti oleh sesiapa kecuali Nya
maklumat lanjut:Wah ..dalam minggu ni rasa macam harini baru banyak masa untuk menggoreng..
akan di goreng smula untuk kepanasan berterusan..

sekian wassalamu..

eh belum sekian... kesian kesian kesian


haaa..dah tengah2 minggu hari bekerja..tibe2 semangat nak kerja meluap2..
ala..xley pokus lak..

encik :eceh..ko nih kerja kah blogger?
makencik:hehehe..part time encik..
encik:apa yang part time..
makencik:dedua..
encik..hamboih..nak amekkau silambam!
makencik : ..........[sila lawat saya di wad]







Isnin, 22 Ogos 2011

ramadhan bergambar

lama dah x pos gambaq..huhu

dah stat semangat makan dah dalam dua minggu ni..alhamdullilah

target:nak naikkan dia 2 kilo..boleh?
ikan goreng ditabur kuah sweet sour..
tempe goreng..bubur..ape lgi,x nmpk..haa..terubuk goreng..ni ahd miggu dolu 14 ramadhan punya menu ni..

bagi makan byk2 sebab jumaat 19 ramadhan punya activity......

nk wat biskut badam!ada gaya?
Biskut Badam Rangup

BAHAN-BAHANNYA
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA

Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


hasil tinggal suku..pak ngn anak tukang rasa..

yang lain gadis litar hiasan di sub-urban dulang..
last time time masak depa x dan posing..
tumpang glamour anak gadis badam la kan ..
aisey..gmba memeri ..-->>>stil budget corak kuih tu cantek...ayam!

apa tengok2..hamboih aih!
hihi..
ramadhan tahun ni macam best :)
anak pon dah besor..
buleh berdikari dah ni..
silap2 tinggal umah sorang2 pon buleh idup..
wakaka...



eh lupa cita cookies yang di anak tiri ni

haaa..mcm cipmore dak?
Coklat cip(dari sini

Bahan-bahan ( 50 biji +- )

    * 1 cwn tepung gandum
    * 3/4 sk baking soda
    * 1/4 sk garam
    * 1/2 cawan marjerin(dicairkan)
    * 1/2 cwn gula perang (SILA RUJUK NOTA DI BAWAH CARA2)
    * 1/3 cwn gula halus
    * 1/2 sk esen vanila
    * 1 cwn choc chip

Cara-cara

   1. Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk. (saya ayakkan terus).Panaskan oven pada suhu 150'C
   2. Dlm mangkuk lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (kelajuan sederhana). 3.Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
  
      The_dough
      Lepas tu,letakkan 1 sk adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci.(dia mnegmbang)
   4. Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown.
   5. Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dlm 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara.
   6. NOTE: Cookies ni mungkin TERLALU manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2).


haha..aku wat malas..pstu belagak pandei..
ternipis sangat..jd ala2 lempeng..
tapi semalam buat smula..--> gamba xda lgi :(
ade kak opis bg tip..buat guli2,pstu tekan,jgn leper sangat ye puan-puan..nanti dia mengembang sendiri ikut lemak pinggang suka dia

Rabu, 17 Ogos 2011

salam nuzul quran dan aurat

wah..banyak yang bagus untuk di share ..

sendiri dah besar ,sendiri buleh pk..
kadang2 konsep ni mcam x bgus gak kan..
sebab sebenarnya besar je betul,tang buleh pk tu x brapa.
macam aku ni..otak fikiran memang masalah sikit kalo tanpa bantuan
trimas encik suami..kamu memang baekkkk..

huhu..entry puji laki sendiri..kalo keje nak merusuh saje..hehehe
semoga ramadhan ini mendidik aku jadi isteri dan ibu yang lebih baik..
bermulalah dengan niat..

nah..banyak buleh di baca kat sini..pasal perempuan,melayu,malaysia.dan peshen.
takapalah orang kata aku takda peshen pon kan..hehe

original entry aku dapat dari sini 
mekasehla ye..huhu




Jumaat, 12 Ogos 2011

entry *ter* lagi

haa..jangan main2..ter ni buleh jadi macam macam..
aku ter rajin
aku ter malas
aku termakan..ops..bukan bukan

aku terjalan lunch tadi..membuatkan rutin harian berubah..
lunch time di medan mara dan maju junction..
panaskan badan ..hehe

sambil "ter"rembat sepasang dua kasut..ala..murah je incik..huuu..pkai heels tadi sakit kaki,maka harus tuka uniform la kan..

alkisah malam tadi "ter"jugak..

teringat filling stobery bake with yen yang aku beli lama dulu time gian masak kueh2 kek2..
tok laki rajin masak dah,lauk basah kan nanti penuh peti..
untuk elak filling tu jadi ikan berstoberi,baik aku segera kendurikan dia..

sayangnya gambar tak amik..tu la..gian lama x pegang tepung gandum..muahaha

350g tepung gandum
60g gula aising
250g buttercup (1 bar)
25g tepung jagung
25g tepung kastad
filling stoberi sesuke ati
2 bijik teloq..
gaui smua..buat doh dan canai..terap tekap..bakar 180 degree 20 min..

jeng jeng jeng..tunggu kendian kalo rajin aku buh gambo..

huhu

sila bayang je la..jenis yang pakai acu jem di tengah tu je..



satu balang dah anta umah opah amani


updated*:gigih ngabihkan sampai pukui 2 pagi ko!
mata ngantuk2..
bdget nak wat banyak2..
last x larat tekap..
ikut dan je ade nipis ada tebai..

sedetik

kisah norma dan talib

tak abes baca pon dah macam nak sayuu ni..sayu lebih2..

routine and non-routine

haa..teringat kisah routine nari dlm cite ni ..

hehe..rutin..
maknanya apa yang berulang la kan..,
hari siang ramadhan aku ,rasanya buleh jadi rutin la..

datang opis
anta anak kat taska
naik atas,stat keje
p surau - mngepam
wat wat rajin dpn pc
p surau -mngepam,rehat
wat wat rajin dpn pc
p surau -mngepam
amik anak
BALIK

wakaka..x turun dah dari level 20 ni lepas mai..kecuali pada hari tak rutin cam terpaksa betul2 dedikasi kerja..ekeke..paksa kah?


Khamis, 11 Ogos 2011

biskut soother (ke teether?)

untuk anak baru tumbuh gigi..
buat versi jimat pon x abis..malam ni ibu la kene abiskan..

1/2 kotak jus tropical punch (or 100ml)
2/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan honey star/cereal


campor2...
adun2..

 bakar 10 minit ,180 degree.

tadaaa..lupa nak snap gambo..hoho..nati la..bau harummm..huuu..posaaaa weh!
memang macam liat2..
untuk asah gusi budak..

Request after 4 years

Nak laptop baru..
baru la keja tekun..
ni hegeh2 ,nak bukak email,layan user,berblog,ber"ym" ,haaa..

tapi masalah nye aku nak clean up laptop ni berjaman ..
dah penin..
banyak sangat directory aku reka ..
kan xtau nk cuci..

dh elok2 nak cuci,datang request lain pulak..

eh ,tapi bos ko dh approve ke nk bagi laptop baru mek weh?
.
.
.
.
.
huwaaaaaaa..erm..mcm xdak je.

aku nak resign la cmni!bagi tempoh dua taun please!
akan ku cuci laptop ni sebersihnya,tinggalkan kenangan terindah pada teman2 se team ku saja..

erm..pendekkan jadi setaun buleh?
nak buat bende lain kat lua la..
takmau tertindas melayan kerenah biometrik..birokrasi..biologi..biol biol..cewahh

Selasa, 9 Ogos 2011

mari bina semangat!

baru nak sronok ..
tengok anakende makan dua mangkuk bubur malam tadi--->kalo ibu,tu kira setengah nasi je ..huhu

resepi yang di terai:
1/2 cwn beras
1/2 cawan oat (cepat di masak)
3 biji kurma
1/3 cawan kismis
garam sedikit

campo smua tinggal dalam ricecooker masakkan..

lepas la dia makan ahad petang pastu seninn malam tadi..
rini terai yang lain pulak..
berasaskn buah kut..
insyallah..
tapi malam tadi dia meragam hidung sumbat ngan badan gatal2..
huuuu..sian tengok dia..batuk seseme tak abis lagi..bagi can sampai sabtu ni --->wajarkah?ke lama sangat?
nak p kat klinik pakar kanak2 rahman putra tu smula..
huhu..
childminder suh bagi vitamin kat dia sebab tengok susut sangat..baek tanya dokto dulu,kang dah terbagi ,jadi over-the-dose,payah nak diet pulak la kan..



Isnin, 8 Ogos 2011

baru ku sedarrrr~


theee..nmpak tak gigi saya?

huhu..agaknye rutin lauk yang sama penyebab dia x mau makan..-bubur nasi ber karot ataupon bubur nasi berayam..
huhu..sian dia anak kesayangan ku..
ibu kamu baru nak insap cari resepi baekkk punya..

huhu..adoiyaii..
hampir underweigth :( ..
tapi mungkin sebab demam ritu plus nk tumbuh gigi sama --->>>ayat baking diri sendiri sedapkan ati

ni baru tengok dia mcam semangat gak la makan..
kuew teow goreng -yang di basuh dahulu -mau gak dia mkn malam tadi..sonok tengok..

pastu yang honeystar tu kalo nak,dia mintak bukak klip plastik tu ..
satu satu je dia amik ..heee..suwit cuwit..huhu..

tapi time x beringat di tibai gak 3 star di kumam2..
stail ritu makan sebiji star,wak kua,tengok lembik,wak masuk mulut smula..sampai la lenyap..



Jumaat, 5 Ogos 2011

ramadhan kedua ibu amani balqis

yup..taun lepas macam mamai2..
semangat nak masuk kerja sambil menyusukan anak..cewahh

taun ni semangat tak mangat sangat la nak kerja..

haha..
minggu ni saja baru hari ke2 aku masuk opis ..2 kali ramdhan merasa minggu ni..
amboi..semua angka dua noo..
hoh..anakende aku x sihat sngat

nampak macam ade gigi nak tumbuh ..ade dua -->>dua lagi?
satu dah selamat membuat kemunculan sulung.
yang satu lagi malu2 alah..

demam sampai dua hari.memerap nk berpelukan aje..dua hari gak la aku EL..berbakii 7 hari untuk taun ni ..belum tolak dua hari cuti raya..

nahhhhh..berkali-kali angka dua ni..iskh..apa petanda ni?
bonus kah?hahaha..
tang positip takpa la..xmau yang negetip yeee..

owh xda gambaq baru dia la plak..rambut dah kena caras..hehe

gambaq sebelum demam gigi,dan sebelum rambut terkorban nahas loq staq.