Jumaat, 27 April 2012

update checklist 2012

berapa kali update daa.

terbaca kat blog sorg ni segala persiapan smua comel je dia terOrganize sguh..
 ni yang terigin nak tiru ni..
susun smua dalam bekas yang senang capai..

erm..sbb maybe akan berpantang dua tempat jugak ni..
so dari pada kelam kabut tak terurus,baik urus siap2 kan..

checklist barang ibu lepas bersalin dh lengkap dah..owh..mandian herba..
tu xpa..
so wekend ni buleh pack ape yang patut..

pastu nak basuh baju baby,barut2,mitten n booties..
bungkus elok2 dalam beg ..waaaa...

baju si kakak xde hal..papanya pon buleh harap..hehe..

haa terpenting barang2 breastfeeding amatlah perlu di ambil berat..hmm..nk bli puting gantian..botol dah melambak..

apa lagi ek?------->


Selasa, 24 April 2012

Update checklist bersalin

assalammualaikum..

berkisar dari pre-check-list-2012

1.car seat ,baby carrier,drill -Mac (234)/April-
DONE ,yg tetap kne seteraik-thru kesian dia ..kuikuikui

2.bengkung ibu ,tungku baby,phytonatal (rm110 pon kedai kt dlma Maju Junction tu)-April/Mei

23 April 2012:dah sevey tadi 
bengkung brand atika beauty rm38 (kat MajuJunction LG floor kt exit giant tu )
phytonatal -rm110 pon kedai kt dalam Maju Junction tu- untuk ubat sembelit ,erm,tapi kalo anak terkena kuning tak leh makan awal2..ape ubat lgi yg sesuai untuk elak sembelit?****FABERMAX?

jelly gamat luxor,kak tu kata nk bg rm45 ..cun sgttt
 total rm193


tablet haruan nk bli ke ?rm45 ..bukan tablet samsung tu yee..huhu




tungku baby cmne cite?erm..barang baby next gaji la pulak kan..
 *********************************************************************
3.sterilizer+ warmer,jelly gamat/pati ikan haruan+ gamat-Mei/Jun
4.hias umah/brgn umah-mei/jun/july/
5.deep freezer -july atau ogos atau september ..


masih belum buat  decision /checkup nk bersalin kat mana lgi ni..dengar macam papa amani kata p yg dekat sudah..haaa..

Isnin, 16 April 2012

picture time!

action!
taken at tokma tokwan house..
during the earthquake!woooo..10 apr2012

Jumaat, 6 April 2012

small kakak in the houze

assalammualaikum..
lama tak mencoret..
si kakak pon dh makin memacam-macam..
ritu kemas lemari tgk byk baju kurung,so stat bulan lpas stiap jumaat bg dia pkai baju kurung..
kat taska je la boleh..kat umah xde la ..
dia pndai pilih sndri nk pakai seluaq apa baju apa..
sibuk pakai sendiri,bila x masuk betul2 marah kat baju..."ammboiii"..

lagi satu dh sibuk nak jadi cameragirl la skang ni..


merakam sakan..
harap maklum..henpon canggih milik auntie sue bukan ibu nya..huhu..



past uritu bli kokocrunh ,dpt  la spec 3D..ha tu la gaya dia kt bwh ..

time mak lawak ,melawak la..time jd mak singa..abes smua org dia nk cubiit ..papa jd mangsa..
x wat apa pon..marah kat bende lain ,tiba2 mai .."amboi..ubittt"..
wakaka..
sedikit info untuk ibu kenang2kan di  masa hdpan kelak ..
ragam anak ku di usia 21 bulan..hiihi..

Selasa, 3 April 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK


PANDUAN MENDIDIK ANAK(copy from FBLayarMinda)

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.[ibu dah terrrrr pukui sbb geram..huhu..cubit pon ade]

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.[kne bli rotan satu ni]

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Kongsi info: NurulAmir.

Salam Ukhuwah..~