Isnin, 22 Ogos 2011

ramadhan bergambar

lama dah x pos gambaq..huhu

dah stat semangat makan dah dalam dua minggu ni..alhamdullilah

target:nak naikkan dia 2 kilo..boleh?
ikan goreng ditabur kuah sweet sour..
tempe goreng..bubur..ape lgi,x nmpk..haa..terubuk goreng..ni ahd miggu dolu 14 ramadhan punya menu ni..

bagi makan byk2 sebab jumaat 19 ramadhan punya activity......

nk wat biskut badam!ada gaya?
Biskut Badam Rangup

BAHAN-BAHANNYA
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA

Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


hasil tinggal suku..pak ngn anak tukang rasa..

yang lain gadis litar hiasan di sub-urban dulang..
last time time masak depa x dan posing..
tumpang glamour anak gadis badam la kan ..
aisey..gmba memeri ..-->>>stil budget corak kuih tu cantek...ayam!

apa tengok2..hamboih aih!
hihi..
ramadhan tahun ni macam best :)
anak pon dah besor..
buleh berdikari dah ni..
silap2 tinggal umah sorang2 pon buleh idup..
wakaka...



eh lupa cita cookies yang di anak tiri ni

haaa..mcm cipmore dak?
Coklat cip(dari sini

Bahan-bahan ( 50 biji +- )

    * 1 cwn tepung gandum
    * 3/4 sk baking soda
    * 1/4 sk garam
    * 1/2 cawan marjerin(dicairkan)
    * 1/2 cwn gula perang (SILA RUJUK NOTA DI BAWAH CARA2)
    * 1/3 cwn gula halus
    * 1/2 sk esen vanila
    * 1 cwn choc chip

Cara-cara

   1. Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk. (saya ayakkan terus).Panaskan oven pada suhu 150'C
   2. Dlm mangkuk lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (kelajuan sederhana). 3.Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
  
      The_dough
      Lepas tu,letakkan 1 sk adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci.(dia mnegmbang)
   4. Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown.
   5. Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dlm 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara.
   6. NOTE: Cookies ni mungkin TERLALU manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2).


haha..aku wat malas..pstu belagak pandei..
ternipis sangat..jd ala2 lempeng..
tapi semalam buat smula..--> gamba xda lgi :(
ade kak opis bg tip..buat guli2,pstu tekan,jgn leper sangat ye puan-puan..nanti dia mengembang sendiri ikut lemak pinggang suka dia

Tiada ulasan: