Rabu, 23 Disember 2009

sedikit kesedaran

Di petik drp :
MINGGUAN MALAYSIA
AHAD13DISEMBER2009


Luahan Rasa
Maafkan Natrah, Ina dan Aida

PADA 14 tahun yang lalu. saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air. Saya lahir dalam keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang di sembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, saya bersama kawan rumah sewa yang Iain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita kepada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi. Selepas tarnat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan seorang jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu . mengejek mereka.
Saya sangat sedih
Keluarga saya, suami, mentua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambii keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya ditinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya suatu ketentuan. Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya pada saya, "Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang Iain. "jika benar pakcik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat,"

"Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," katanya.

Ya Allah, inikah balasanmu terhadap aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka di ruang ini, saya ingin memohon maaf secara tcrbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan, asakan atau pemulauan daripada orang di sekeliling. MAAFKAN NATRAH (NED).

■ NATRAH BT. NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur.

p/s:Iskh..andai saya pernah menganiaya sesiapa,harap diampunkan..xmau jdi mcm ni..huhu..sadis je kisah ni..

Tiada ulasan: