tips yang menarik dari kakak ni
perihal penyusuan susu ibu pada pandangan Islam:
Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya.
Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa
di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa
Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu
untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu
dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak
dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk
menyusuinya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan
itu". Dari ayat di atas (Al-Baqarah:233)kita dapat pendirian berikut:
PERTAMA
Adalah
kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk
menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
KEDUA
Tempoh
penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan
menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita
kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu
menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang
tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri)
mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai
oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada
orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan
(upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:233)
KETIGA
Bapa
sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan
yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam
menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut
laksanakan. Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain.
Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang
sedang menyusu.
KEEMPAT
Jika bapa tiada atau
sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil alih
tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.
KELIMA
Menceraikan
susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat.
Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa,
setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang
dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
KEENAM
Ibu
yang tidak mampu dan tidak boleh menyusui bayinya adalah digalakkan
mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa
untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini,
Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh
penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang
dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada
ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu
kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah
cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari
pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima
dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada
ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia
mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang
munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya
yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan
perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa
yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem
penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga
mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh
menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan
cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
happy breastfeeding!
nota kaki:diriku ini masih mushkil tentang penyusuan susu ibu lebih dari 2 tahun..hmm..xpa kita ikut yg wajib dulu ,dua tahun..anakanda baru 1 tahun 7 bulan je..wean off sempat lagi sementara tunggu umo 2 tahun,tapi ksian dia lak..skang pon DF main je,seminit dua pastu hidu baju ibu je..
1 ulasan:
Catat Ulasan