hari ni amirhadi dah 9 bulan lebih2..
pencapaian dia sejak dua 3 minggu lepas:
cubaan bertatih:dua tiga langkah ..mgu ni pulak berlangkah2
menyebut
ma ma ma ma (bila ibu takda tepi dia)
ta ta ta ..(bila main ngn kakak)
pa pa pa (bila nmpk papa)
menjulur ke depan baru la dlm sminggu jugak
dduk sendiri stat 7 bulan kalau tak silap
merangkak je belum..kalao dh skali memanjat kah?
si kakak:
dah boleh baca doa makan..heyy
mula2 dua minggu lepas bacaan full..makin sehari ke sehari ayat belakang jdi pendek..haha
kena ingatkan dia baru dia ikut (kalau dia rasa kita betui )
kakak dengan kebolehan luarbiasa dia jugak la:immitate others and acting as other
paling sronok jadi makcik cashier dan abang kedai yang amik order:
nak ayam ape
nak ayer ape..
bla bla bla bla..
minggu lepas gila kenduri pulak..siap hidang kat bawah makanan ,kunun2 tgh hidang kat tetamu.
minggu ni pulak makan maruku ala2 mkn nasi kenduri..maruku halus gituu..huhu
imaginasi tinggi bab berlakon watak,siapa je yang dia tak jadi?
ibu,papa,baby,adik,adam,makcik,doktor,cashier,kak anis,
bercerita memang non stop -ikut -siapa-tah :P
pastu -pastu-pastu..
kalau takda respon,dia mintak kita respose:
"cakapla papa"--- tanyalah dia maksudnya
kalau dia bertanya,jwpn yg 1st tu la dia pegang..
kena ingat apa jawapan kita bgi dia,sbb nanti dia nak ulangkaji soklan yg sama---jawapan kita mestilah tepat!
owh..how i miss them if they grow up and if i dont write it down,i might forget ..
pencapaian susu ibu :still gunakan stok november "middle"..expres breastmilk still maintain 3 times a day..without failed unless tak sempat ada diskaun 2 times only
latest update:Ameda ku rosak lagi hari tu..3 minggu jugak la pkai avent manual..redha dan pasarah sebab hasil tuaian sama jugak..heehe..cuma gigih kena lebih sebab bergilir kiri kanan..
skang dah kembali ameda(baru dua hari-pagi tadi 10oz,tghri 5 oz)
Isnin, 18 Mac 2013
Isnin, 16 Julai 2012
amirhadi sebulan kak alom duatahun sebulan
assalammualaikum..back dated..hehe
belated besday si kakak sebulan lepas ..sian dia teringin nak makan "yuyu"..
kek dia panggey yuyu sbb "hepy besday yuyu"
share kek je la taun2 akan dtang.hehe..beza sehari je
ni kakak mithali ..huhu
ni amirhadi bambam
ni makanan si bambam..la ni dah penuh fridge opah depa..tapi amik blah atas ni ja + bawah + tepi freezer..alhmdullillh rezeki
si bulat
Ahad, 1 Julai 2012
kakak amani balqis vs baby amirhadi
nak tergelak..lenguh tangan nk rekod lama2 lagi..hihi..belaja dr taska kut ..jaga anak ramai
hat ni dia p kacau adik,tapi adik terkena dia x buleh..hish2..
Sabtu, 30 Jun 2012
BF journey of my newborn
gmba dulu,ayat kendian taruk :)
muhammad amirhadi bin mohd zulhatmi
pkui 430 am 17 jun 2012 baru dapat jumpa baby ..huhuhuhu..lahir 949pm 16jun 2012..sian dia..tu je yg out sket kt hosp tu..not sapot bf lgsg..iskh
![]() |
hari awal-day 3 |
![]() |
hasil tuaian day 3 - 1 sesi ye..ameda double pump |
![]() |
total 1 sesi x sampai 2 oz- jgn gabra,mmg perut baby takat ni je day 3 |
![]() |
hari ke 7-alhmdllh lepas urut,yakin pkai avent manual ,dpt 2.5 oz skali pam |
![]() |
day 7th |
![]() |
day 10th -peminum ssu ibu yg tegarr..:p |
Pembacaan Untuk Bakal Ibu /Ibu menyusu
Sticky Post..
Entry yg latest kt bawah ..sila scroll
Wah..syok ..
tips lagi
Tip red dates:kurma merah
belah 4,rebus,minum
ni pon kopi neskopi je
MEMERAH SUSU IBU
Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:
*untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
*bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
*untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
*puting payudara yang luka/melecet
*meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu
Cara memerah susu:
Memerah dengan tangan
*memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
*basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
*sediakan bekas yang bersih dan steril
*lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
*boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
*melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
*tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
*buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
*tekan payudara ke belakang ke arah dada
*perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
*teruskan memicit sehingga susu keluar
*perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
*buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
*tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
*ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
*tukar ke payudara yang satu lagi
*urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
*perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
*setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
Memerah dengan pam
*baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
*basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
*basuh tangan dengan bersih
*duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
*posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
*mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
*boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
*pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
*masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan umum:
1) Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2) Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3) Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4) Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5) Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6) Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7) Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8) Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com
Khamis, 21 Jun 2012
ALHAMDULILLAH
selamat lahir boy
3kg
SVD epi (standard vaginal delivery ..hahah..baru tau ja mksud dia =normal delivery)
damansara damai medical centre,949pm,16june2012
sakit 7pm
p hosp 815pm
masuk LR 915pm
detail later
3kg
SVD epi (standard vaginal delivery ..hahah..baru tau ja mksud dia =normal delivery)
damansara damai medical centre,949pm,16june2012
sakit 7pm
p hosp 815pm
masuk LR 915pm
detail later
Jumaat, 8 Jun 2012
is it the time?
assalammualaikum wbt
esok saya akan ke DDMC damansara damai..
scan
check
check
check
my baby..are you ready to see your ibu,kakak n papa?
esok saya akan ke DDMC damansara damai..
scan
check
check
check
my baby..are you ready to see your ibu,kakak n papa?
Isnin, 4 Jun 2012
learning iqra
tak lama lepas tu
try baca alif ba ta kat dia,baru dgr dia smbung..
mula2 bunyi mcm lagu selamat hri raya..haha
tanya taska depa kata tak ajar pon lagi..
dah tu repeat2,,betui la..dia duk ngaji alif ba ta rupenye..kekkeke
ni dia sedar kne rakam,wat2 muka lak..hihi
Rabu, 30 Mei 2012
dup dap dup dap
maknanya 36 weeks la kan?
sejak semalam checkup ..hati dah cecuak
macam dah tau kne bersalin bila
dulu bersalin kompius EDD ..hehe..last2 dpt date tgh2 ..
mmg tengah sungguh la..
tengah tahun ,tengah bulan ..tengah megrib
berat terakhir 65.7kg msa tu
baby 2.84kg,weeks 39++
ni smlm cek berat 63kg..35weeks 6 day
baby 2.50kg
ya allah permudahkan segalanya buat ibu ini
sejak semalam checkup ..hati dah cecuak
macam dah tau kne bersalin bila
dulu bersalin kompius EDD ..hehe..last2 dpt date tgh2 ..
mmg tengah sungguh la..
tengah tahun ,tengah bulan ..tengah megrib
berat terakhir 65.7kg msa tu
baby 2.84kg,weeks 39++
ni smlm cek berat 63kg..35weeks 6 day
baby 2.50kg
ya allah permudahkan segalanya buat ibu ini
![]() |
tiba2 pakai icon ni ..huhu,hari nakbah itu hari tu |
Rabu, 16 Mei 2012
kenapa baby tak buleh makan awal
haa menarik isu ni..
http://mysuperkids.net/kenapa-bayi-tidak-boleh-diberi-makan-sebelum-6-bulan/
zaman dulu lain sebab environment lain..
kalu nk compare dulu ngan sekarang ,
tgk saje nilai matawang ..
mungkin org dahulu tak kisah sangat sebab mana ada KFC McDonald dll junk food ..so anak2 mmbesar macam biasa tanpa banyak pengaruh junk junk jajan..<ada la ,tp tak macam skang>
ramai dah terobes
bila obes,
penyakit macam-macam ada
bak kata pengamal tradisional,
"siap buleh bukak kedai runcit import export ..
gula tinggi,garam tinggi angin banyak"
http://mysuperkids.net/kenapa-bayi-tidak-boleh-diberi-makan-sebelum-6-bulan/
1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?
2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?
3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita 'cepat besar' dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.
zaman dulu lain sebab environment lain..
kalu nk compare dulu ngan sekarang ,
tgk saje nilai matawang ..
mungkin org dahulu tak kisah sangat sebab mana ada KFC McDonald dll junk food ..so anak2 mmbesar macam biasa tanpa banyak pengaruh junk junk jajan..<ada la ,tp tak macam skang>
ramai dah terobes
bila obes,
penyakit macam-macam ada
bak kata pengamal tradisional,
"siap buleh bukak kedai runcit import export ..
gula tinggi,garam tinggi angin banyak"
Langgan:
Catatan (Atom)