Memaparkan catatan dengan label keinsafan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keinsafan. Papar semua catatan

Selasa, 3 April 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK


PANDUAN MENDIDIK ANAK(copy from FBLayarMinda)

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.[ibu dah terrrrr pukui sbb geram..huhu..cubit pon ade]

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.[kne bli rotan satu ni]

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Kongsi info: NurulAmir.

Salam Ukhuwah..~

Selasa, 17 Januari 2012

Report card

uih..macam kecut je rasa dulu kalo sebut repokad..
takut nanti kut la malu kat dalam kelas kene komen kondem ke ape ke..

hehe..padahal ni aku baru je nk p ala2 amik repokad si amani balqis ni..poyos mcm anak tingkatan satu ..haha

cuak sey!

turun siap awai 2 minit ..tapi sebab ritu sesion dia aku terlewat turun ,so pospon jdi harini..wt reminder byk kali dah..

alhamdullilah..so far performance anakanda tu memuaskan..mumtazah!jaid jiddan.!
bagus2..
huu..aku yang cuak lelebey..
hihi..tader papepon sebab nanny kat taska tu *childminder* semua dah kenal,dah ok-ok dah dari anta si balqis tu masa umo 2 bulan lebih dulu..kocik je dia ..

masa 4-5 bulan kut ni..

gamba arkib negara taska..huhu..masa ni belum kuatkuasa undang2 forbidden area lagi..hehe..la ni x leh masuk dh dalam tu..

pastu dh masuk toddler room ,dia kezutan budaya sket..hehe..lama2 ok ..
akhirnya alhamdullilah..berkawan dah ok,cume childminder kata kalo org amik menan dia tgh pegang ,dia menangis marah je la..kita pon kalo org amik barang kita tengah duk kusuk main kompom marah gak kan..hehe..norma-norma kehidupan..haktuih..  (~~")


skang anak ibu makin gumbira ,harapnye dia dapat childhood yang menggembirakan supaya mmbesar dengan sihat dan kuat dan cedik dan nanti bleh dia story mory kat anak2 dia plak pasai childhood dia..huhu
walopon tade main perang2..tido ikut disiplin (kat taska 12pm-230pm wajib tido)..main dalam bengunan ,so at least dia dapat "sesuatu"...


harapnye ade rezeki lebih tahun depan..:D

say cheese...

p/s:dia dah boleh rasa malu sendiri tengak video dia membebel sorang2 ..







Isnin, 9 Januari 2012

hukum tentang ASB

hmm..boleh click sini utk pmbacaan lnjut..ada masa nanti aku korek2 sket pandangan aku.

dah lama tak jenguk ASB ..kalo amik je yg duit kite tu xpe kan?ade dlm 3-4ratus je kut..huhu..
yang ribu2 dulu dah pakai dah ,rasanye sebelum branak lagi..
pastu terminate yg loan ASB riban2 tu tak lama dulu..kes nk kawin je la wt ASB tu..hmm..

mari kita mensucikan harta kita..

Selasa, 3 Januari 2012

Masa berlalu

assalammualaikum wbt.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.Demi Masa! 
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Haaa..tu dia...
mulakan tahun 2012 dengan ingatan di atas..
Masa sentiasa tidak menanti kita
masa ibarat emas?
mungkin masa ibarat pedang..
kita tak potong dia,dia potong kita..
potong dari segi pengisian..


 

Isnin, 19 Disember 2011

Sejenak bersama

KEAJAIBAN PADA DIRIMU

1-Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

... 2-Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akanmengusung kamu.

3-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4-Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5- Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?

Selasa, 6 Disember 2011

Al kisah seorang baby

kisah newborn

syahdu nye bace luahan hati si baby..heheh..malam tadi masa DF si balqis tu ,terus teringat time dia masa newborn dulu..huu..
lantas,terus je peluk dia kuat2..

semakin bijak dan macam - macam perangai .. malam tadi , takmau tido ..pastu kejut bangun pagi takmau.. weekend bagi dia tido ,bantai sampai 1030am baru celik..tu pon kene standby before dia menangis teruk2,kne direct feeding..sentiasa on off la duk tepi dia ..hehe..
agak dia mencari2..terus bukak,selak sua..dia cari lagi..terus bukak,selak..[nahh..ini kisah ibu dan anak ye..bukan bende lain..haha..]dia dah lena..ibu lari p bukak tv la pulak kan..





Rabu, 16 November 2011

berbahgia la kamu

Erm..seronok kan?

Fakta susu ibu ni menarik je..share dari kakak ni ..
patut la masa awal awal dulu perah susu tak dapat banyak pon..

so pengajaran,teruskan susu ibu dimulakan dari hari pertama kelahiran..woo..
insyaallah..tak perlu risau nak beli  FM ..cabaran nye adalah anasir2 luar kalo ikut pengalaman aku la..hehe
yang penting yakinkan diri sendiri..
susu ibu yang terbaik,knapa nak compare2 lagi kan..ternyata terbukti dalam quran pon suh susukan anak genap dua tahun.

ni amik dari kak Farah sarakid Farah Sarakids ni


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Lantaran ayat diatas, Allah berfirman:
“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)  kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

banyak lagi kupasan dia kat original post ..

boleh click link atas tu..

kalo nak ganti susu pon insyaallah soya/fresh milk..tapi nak bagi susu kambing..agaknye dia terima ke ?
tapi memang lepas umor 1tahun 5bulan ni,baby tak minum banyak..makan je apa yang kita bagi..

erm.. 
syok nyeeee...alhamdulllilah..
kesedaran yang aku dapat pon secara tak lansung masa buat checkup anak 1st time dulu..dalam umor 5 bulan camtu ,kalo tak silap ,klinik kesihatan sungai buloh tu wajibkan hadiri kelas penyusuan susu ibu..memang seronok sangat2 masuk kelas tu..walaupon tempoh sekejap (aku masuk lagi sekali masa perut 7 bulan sementara tunggu turn checkup ~bagus juga la ..gomen kan biasa lama sket time turn dia)

dari situ aku start riki riki dalam tenet ..tup2 umor 8 bulan perut ,TERBELI breastpump secara online..haha..
terus belaja beli online barang2 baby lepas tu..hehe..mudah dan pantas!

maybe aku jenis suka nak jadi alien..haha..alien yang maksud aku adalah aku je yang paham..huhu..

SUSU IBU IS ALWAYs THE BESTTTTING...! tambah "ing" sebab continuos best..huhu..
harus anak-anak ibu kelak mendengar kata ibu ,wajib dengar kata ibu dan papa..minum susu ibu banyak2 ..hehe..insyaallah..

YA allah sihatkan tubuh badan ku ..untuk terus menyusukan zuriat kami..












Isnin, 5 September 2011

Kebenaran tentang perancangan



tertarik dengan entry ni..
fikrah merancang

semuanya benar belaka seperti yang ditintakan oleh beliau ni kan..
kita merancang macam2..
contoh ,
nak UPSR,PMR,SPM dapat gempak
pastu nak masuk asrama penuh,
masuk U,
nak kerja,
nak duit banyak..
nak kawin ..nak anak..nak umah ..nak nak nak ..

tapi solat 5 waktu pon dah ada timing dia ..buleh di rancang..
cuma yang fardhu tu la kite kejar ..tu pon kadang berlopak ..hukhukhuk..

tapi tang ibadat extra *sunat* ..masa bulan puasa je terjamin
sebab ada masanya untuk kita berteraweh tadarus bagun malam bersahur..{tu pon tak istiqomah..huhu}

image taken from here

semoga mendapat sesuatu dari ramdhan 1432 yang lalu untuk bekalan 11 bulan sebelum ramadhan seterusnya..
aminyarabballalamin..

Jumaat, 26 Ogos 2011

raya or no raya

Salam..
dengar wind2 say macam raya buleh jadi rabu..amacam kengkawan?

bukan sebab tu la pon nk bebel sini..tapi sebab tah ..
tetibe macam hilang mood beraya..
malam tadi dah beraya ngan mak abah dah pon..huhu

apa lagi mahu..iskh iskh..
hujung2 ramadhan ni lagi mencabar..
sikap kesyukuran; mensyukuri nikmat tu perlu dikuatkan ye puan2..

muka seram sejuk dah ni..hadoi ..
ingat sihat sebelum sakit
ingat mati sebelum hidup..eh tebalik dowh
ingat hidup sebelum mati
ingat senang sebelum sempit
ingat apa lagi satu ,aku pon dah tak berapa nak ingat..
ingat ingat lupa ada..
ingat lapang sebelum sempit kut ?
ingat senang sebelum susah?

hmm..kata apa lagi..hari ni jumahat..26 ramadhan 1432..
ya allah,berilah kami jumpa lagi ramadhan tahun depan untuk memperbaiki apa yang kurang tahun ni..
dan penghujung ramadhan ni jadikan kami antara orang2 yang sedar ..huhu..
andai ini ramadhan terakhir,rahmatilah kami.

*ayat ciplak diolah suai jumpa dari blog MakcikRehan

bakpo la kawe dok rajing lasung rini..hukaloh weh..
doa tambah susu :al baqarah,60


cepat cepat cepat .......hapal!



Rabu, 24 Ogos 2011

kisah rasullullah

amik dari  sini 
kopi sejibik2.. untuk sharing..

*******************************************************************************
Artikel kali ini diambil dari website Hasrizal Abdul Jamil, SaifulIslam.com.
Cerita ini berkisar tentang pemergian seorang Rasul yang dicintai. Semua ini diambil dari hadith Sahih(Insya-Allah) dan ditukar kepada bentuk cerita. Hayatilah.

---------------------

“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk.

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH


Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.

Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ‘sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.

Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR


Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.

Anakanda itu menangis.

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.

Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”

Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”

Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!
Aku ketawa”

Sesungguhnya…

Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR


Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.

Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:

Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.

Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”

Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]



Rabu, 17 Ogos 2011

salam nuzul quran dan aurat

wah..banyak yang bagus untuk di share ..

sendiri dah besar ,sendiri buleh pk..
kadang2 konsep ni mcam x bgus gak kan..
sebab sebenarnya besar je betul,tang buleh pk tu x brapa.
macam aku ni..otak fikiran memang masalah sikit kalo tanpa bantuan
trimas encik suami..kamu memang baekkkk..

huhu..entry puji laki sendiri..kalo keje nak merusuh saje..hehehe
semoga ramadhan ini mendidik aku jadi isteri dan ibu yang lebih baik..
bermulalah dengan niat..

nah..banyak buleh di baca kat sini..pasal perempuan,melayu,malaysia.dan peshen.
takapalah orang kata aku takda peshen pon kan..hehe

original entry aku dapat dari sini 
mekasehla ye..huhu




Jumaat, 12 Ogos 2011

sedetik

kisah norma dan talib

tak abes baca pon dah macam nak sayuu ni..sayu lebih2..