Khamis, 23 Februari 2012

Blog Kaler2

saya suka makanmakan suka saya
apa saya tak suka? selain makan  

wohh..syok gak ade bekgroun kaler..
sesaje la nih..
2.44pm ,thursday 23 feb 2012 malaysia time..

apa nak repot hari ni?--dah busan x leh stalk org lain lam fesbuk .wakaka..dh kne block kt opis ,padan muke kaw..


  skang kita tuka kaler pulop ..
sambung lain taim la..

haaa skodeng yeeeeeee

Selasa, 21 Februari 2012

benda apa yang tak berbau..

hmm..
malang
...kemalangan...
ku di timpa malang tak berbau..
kalo berbau pasti dah lari jauh ..huu..

semoga cepat sembuh kaki ini..
mata asyik memberat je ni..
andai ada kesalahanku pada sesiapa di sana,ampuni daku..


meh nk banje korg mkn kek yang tak brapa komplet
eggless coklat cake + coklat cip
3 cwn tepung gndum
2 cawan serbuk koko
2/3 buku butter di cairkn
2 cawan gula castor
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh cuka makan(ni buh last -kacau laju2)
coklat cip sesuke ati
2 cawan air..
campo smua gaul gaya malas..
bakor 150 degree
45 min

rupe ok la sket,tp perlu pengkayaan lagi ..nk jdkan lbih moist ..ni pesen nk abeskn stok je

Rabu, 15 Februari 2012

HB oh HB

RRRRrrrrr..

sok nak kena p amik darah lagi..harap2 dan doa2 semuanya berjalan lancar..
huhu..dah makan ikut saranan dah..kerang bayam hati ayam..buah2 ..iberet folic pon dah beli..mekasey papa amani ..

haritu HB 8.5 ..salah menu makan masa wekend tu ..rasanya kurang berkhasiat..patut macam lemau ,penin nak marah ,nak emo dan semua yang buruk2 tu la..hukhuk..
letih

hopefully sok naik mencanak2 bia doktot tu takbleh nak marah aku..
muahaha..aku lak nak marah dia nanti..

amin..permudahkan segalanya ..

kat gomen je ke cmni?abes tu kat prebet depa tak amik darah selalu pon..last time dolu2 aku dpt 9.9 HB ..tapi xde pape pon dimarahi ..apekah perbezaan standard di gomen dan prebet ni?
lain ke silibus dorg blaja masa nak dpt gelaran doktot ni..hihi

kalao dari segi uwang ,memang beze la silibusnyee gomen vs prebet hosp :)

p/s:kawan2 cari la kerja di mana semua hal kesihatan di cover oleh kompeni..harapkan kompeni ade spital sndri pon x cover full wt pe..kedekkk..heheh

Jumaat, 10 Februari 2012

selepas ini ,itu pulak

aish
aish
aish
aish..
di lema nyeee..ni baru satu kes..----->tetibe aku baca blik yg bwh ni jd "cases" not "a" case dah
huuu..lepas ni byk kes lg nak wat choice..hukhukhuk..
saya tidak suka pabila di beri pilihan yang banyak..jadi kompius dan lagi susah bila nak kena yakinkan "the other half"..
harap2 main kutu ni buleh cover la option ku itu..huhuhu..ibu simpan tiap bulan nak beli barang kamu ye nak..barang ibu takyah pon tapeeeeeeeeerrr..sebab ibu gak kena "gunakan" barang kamu nak..


sekadar hiasan


my wish list yang dolu2 kena reject tapi kali ni mau gigih memujuk juaaa..kene jadi baik2 solehah2 mithali2..*haha..macam tak e-class lak weh*

1.toddler car seat kene reject jua..resolution taken:taun depan kakak msuk skolah dekat umah je ..baby carier dah ade untuk p jln jauh  :OKLA Agreed!(KPI user resolution rate :2 pasrah~huhuhu)

2.deep freezer --- dah usha rega dah ..hehhe..tunggu duit bunus dennn..x kirooo..den keja penat2..nak berhiburrr..hahaha..not so urgent

3.BW--- merak SSC ka buckle tie ka apa ka..ponin den (budget PermodalanNasionalBerhad tiba2 bg lak..):Status QUO,to answer within 1 week time..hamik ko---------->AnswEred!

4.gila kebabom costly medela fs..hehehhehehe ..pon tunggu bunus la gamaknyo :**AMEDA dh repair wosh!strike je point nombot ni

5.bottle sterilizer and warmer set -- belum inform sama itu tuan tanah kedaung  (ni buleh pakai hasil tuaian duit kutu bulan 8 ni kut ..not so urgent)

Pastu ko nak beranak mana?untuk tujuan di atas ,rasanya kena p gomen je la dik nunnn..
samo jo sakit nyo bak kato mak metuo den!
den kato?time will decide..cewahh..cakap dalam ati ..buleh ja janji dapek apo yang di atas ..ugut?yaaa..hahhaha
upadate:company leh cover beranak rm2K~yeasssssh.


hmm...makcik Ameda aku tu nak repair ke dak?huhu..syg lak ..jasanya terkenang2..~jasamu ku kenang pak amani balqis..hehe.berjaya menjumpai pakcik Tan yg repairkan ameda dalam 10-15 min ja..iskh2..


next step?nak join kutu lagi la..ade sape2 open lg ke ?hish..hish hish hish hish hish hish shih shi shi shoh

she already stop BF last week..hmm..how do you feel?
might be missing the moment
no worry be happy ..
she fully with the bio-lac during day time kat nursery..and air masak other time or dutch lady kotak,hi goat or apa2 yang ibu sumbat  kat dia..
from allahyarham Dr Azizan formula


notakukukakiketamlautanpasifik:gheja pk nak berbelanja ja ka?

Jumaat, 20 Januari 2012

Perihal susu ibu dalam Islam

tips yang menarik dari kakak ni


perihal penyusuan susu ibu pada pandangan Islam:
 

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu". Dari ayat di atas (Al-Baqarah:233)kita dapat pendirian berikut:

PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:233)

KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

KEENAM
Ibu yang tidak mampu dan tidak boleh menyusui bayinya adalah digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.




happy breastfeeding!

nota kaki:diriku ini masih mushkil tentang penyusuan susu ibu lebih dari 2 tahun..hmm..xpa kita ikut yg wajib dulu ,dua tahun..anakanda baru 1 tahun 7 bulan je..wean off sempat lagi sementara tunggu umo 2 tahun,tapi ksian dia lak..skang pon DF main je,seminit dua pastu hidu baju ibu je..



Selasa, 17 Januari 2012

Report card

uih..macam kecut je rasa dulu kalo sebut repokad..
takut nanti kut la malu kat dalam kelas kene komen kondem ke ape ke..

hehe..padahal ni aku baru je nk p ala2 amik repokad si amani balqis ni..poyos mcm anak tingkatan satu ..haha

cuak sey!

turun siap awai 2 minit ..tapi sebab ritu sesion dia aku terlewat turun ,so pospon jdi harini..wt reminder byk kali dah..

alhamdullilah..so far performance anakanda tu memuaskan..mumtazah!jaid jiddan.!
bagus2..
huu..aku yang cuak lelebey..
hihi..tader papepon sebab nanny kat taska tu *childminder* semua dah kenal,dah ok-ok dah dari anta si balqis tu masa umo 2 bulan lebih dulu..kocik je dia ..

masa 4-5 bulan kut ni..

gamba arkib negara taska..huhu..masa ni belum kuatkuasa undang2 forbidden area lagi..hehe..la ni x leh masuk dh dalam tu..

pastu dh masuk toddler room ,dia kezutan budaya sket..hehe..lama2 ok ..
akhirnya alhamdullilah..berkawan dah ok,cume childminder kata kalo org amik menan dia tgh pegang ,dia menangis marah je la..kita pon kalo org amik barang kita tengah duk kusuk main kompom marah gak kan..hehe..norma-norma kehidupan..haktuih..  (~~")


skang anak ibu makin gumbira ,harapnye dia dapat childhood yang menggembirakan supaya mmbesar dengan sihat dan kuat dan cedik dan nanti bleh dia story mory kat anak2 dia plak pasai childhood dia..huhu
walopon tade main perang2..tido ikut disiplin (kat taska 12pm-230pm wajib tido)..main dalam bengunan ,so at least dia dapat "sesuatu"...


harapnye ade rezeki lebih tahun depan..:D

say cheese...

p/s:dia dah boleh rasa malu sendiri tengak video dia membebel sorang2 ..







Jumaat, 13 Januari 2012

i love chocholate

duuua singgit ..duuua singget duuua singget..

tu macam mael upin ipin jee..

tapi ni ceklat singgit satu singgit satu..
sedap =))


Khamis, 12 Januari 2012

kisah 12-01-12

saja buh title tu .
xtau nk buh apa.
mata memberat lepas minum higoat ni plak..
tidak xpa pon.
cuma beza rini x makan nasi lemak makcik bawah pokok belakang opis ni je :(
ikut pesan doktot
"elakkan yg cili2..minyak2..sebab dia duk lama dalam perut..bila angin naik ,ia dimuntahkan keluar"

agak lojik explanation yg mudah dia tu..buleh la aku pakai untuk nasihat diri sendiri..wkakak
tidak aku tibai gak sehari sekali nasi makcik tu..
nasi dia sedap..aku beli kat area damai tu x jumpa macam dia lagi..

last2 tadi dan mungkin hingga hormon (ape kejadah?)stabil,aku cuma jadi pembeli keripap tegar makcik di bawah pohon itu la kan..untuk si kakak kecik tu kudap brekpas..hehe..tapi dia batuk la plak..
sok tukar diet >makan roti gardenia jagung smula la..
lama pulak tak bagi roti tu time pagi2 kat dia..

teringat "4 days rule" ade terbaca kat web baiboo kut..so rasa dah lebih 4 days aku bagi dia makan keripap tu,hehe,batuk x lega ...
so try stop la kut..
bagi sekali sekala je la..

>>>>>>>>>>>>ha..tu dia crita untuk kisah jam 820am-845am stiap hari office hour yg normal (lebih kurang)..<<<<<<<<<

 tapi l ani 10.02am ,dah lapa..huhu..nk makan ape?
tadi dah makan roti sandwich..
pastu roti bun sebuku 1/3..
dah xtau nak makan apa..
terasa mau western  sesaje.. 
amboih ..gaji bulum lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik


>
>
>
iklan tak di bayar
hehe..saja banyak masa..nak letak gamba korang pom bulehhhh



Isnin, 9 Januari 2012

hukum tentang ASB

hmm..boleh click sini utk pmbacaan lnjut..ada masa nanti aku korek2 sket pandangan aku.

dah lama tak jenguk ASB ..kalo amik je yg duit kite tu xpe kan?ade dlm 3-4ratus je kut..huhu..
yang ribu2 dulu dah pakai dah ,rasanye sebelum branak lagi..
pastu terminate yg loan ASB riban2 tu tak lama dulu..kes nk kawin je la wt ASB tu..hmm..

mari kita mensucikan harta kita..

Jumaat, 6 Januari 2012

laporan 2012

tiap hari ade main2 tulis2 surat utk taska si kakak ni..
dua hari lepas dorg inform kata dia suka bermain ngan kawan2..
semalam pulak ada aktiviti cap tangan kat ketas A4..

amboih..berbunga hati ibu ni x saba tunggu harini pulak..
haha..bukan keputusan exam anak pon lagi,tapi tang seni2 ni tang improvement anak ni aku sukeeeeee sgt..
x kire la anak kak aku dulu ke,anak abg aku ke..ni pulak anak sendiri..syokk woo dpt tau apa yang depa duk buat kt skola *bzbody cik bedah besela kan*


hmm..tapi nampak la dia dah buleh berkawan..dah reti suap (paksa) "kawan" tgk cat ngn makan .



kaklong




huuu..
she is 1 year 7 month this coming 15th jan 2012.
:)
alhamdullillah